Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan pelbagai tips di bawah ini:
1. Membersih Dan Memberus Gigi
Menjaga kebersihan mulut. Hal ini boleh anda lakukan dengan cara rajin memberus gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul.
Menjaga dan memberus gigi atau bersiwak harus sentiasa diamalkan sebaik habis makan, sebelum tidur dan bangun tidur atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan gigi berlubang dan mulut antum berbau.
2. Membersihkan Lidah
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah ketika menggosok gigi atau bersiwak. Anda bukan sahaja perlu menggosok gigi, tetapi perlu juga untuk menggosok bahagian lidah paling tidak 2 kali setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Hal ini dapat membantu mengurangkan bakteria biofilm.
Ingatlah bahawa bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Banyak bakteria bersembunyi pada rekahan lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
3. Meminum Banyak Air
Minum lebih banyak air dapat membantu antum menghilangkan ‘bakteria jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan meminum teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi ‘poleypehnols’, iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.
Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk didiami oleh bakteria ‘anaerob’. Jika anda mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau yang selalu bercakap, cara ini paling baik untuk memastikan mulut antum sentiasa berair.
0 comments:
Post a Comment