loading...

Sunday, 6 January 2019

10 Fakta Mengenai Sultan Muhammad V



Sultan Muhammad V baru sahaja mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Agong sebentar tadi. Sedikit info mengenai Agong yang pertama kali meletakkan jawatan di Malaysia.


1. Nama sebenar : Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra

2. Menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010

3.  Mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016

4. Baginda menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.

5. Istiadat pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 diadakan pada 24 April 2017

6. Lahir di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969

7. Putera sulung daripada empat beradik kepada Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid

8. Tiga adinda baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 45; Tengku Muhammad Fakhry Petra, 41, dan Tengku Amalin A'ishah Putri, 33 tahun.

10. Berusia 50 tahun

11. Dimahkotakan sebagai tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan diangkat sebagai Pemangku Sultan Kelantan pada 24 Mei 2009.


‘Sila duduk, jangan lari’ kenangan rakyat dengan Sultan Muhammad



PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mengejutkan rakyat Malaysia.
Dalam pada ramai yang tertanya-tanya sebab baginda mengambil keputusan itu, laman sosial juga dipenuhi dengan status bernada sedih.
Sepanjang dua tahun berada atas takhta, Sultan Muhammad dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat, rendah diri dan pandai berjenaka.
Paling diingati, tentunya jenaka dan usikan baginda ketika memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Julai lalu.
“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari,” titah baginda yang disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat.
Ayat itu kemudiannya menjadi tular di laman sosial dan ikutan ramai.
Sila Duduk Dan Jangan Lari.

Itu antara kenangan utk Agong Sultan Muhammad yg x kan kite lupakan. Terima Kasih Agong utk segalanya termasuk pengampunan DSAI.
See Shahrilll's other Tweets
Agong letak jawatan, dan tagline yang akan terus diingati dalam sejarah politik tanah air:

“Sila Duduk dan Jangan Lari”.
See Misyuaa ツ's other Tweets
Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 dan ini merupakan kali pertama Yang di-Pertuan Agong meletak jawatan.
Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.
Sultan Muhammad V bercuti sejak November lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Disember lalu.

Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong






KUALA LUMPUR: Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat-kuasa hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, berkata peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, baginda sudah memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.
"Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Januari (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.
"Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat-kuasa hari ini.
Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memberi kerjasama dalam mentadbir negara.
Katanya, Sultan Muhammad V selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera turut berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.
"Kepada rakyat Malaysia, Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini, supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.
"Tuanku telah bersedia berangkat pulang ke Kelantan Darul Naim untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri, dan terutamanya rakyat Kelantan bagi menjaga dan membangunkan negeri itu demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan dakwaan kononnya mesyuarat khas Majlis Raja-Raja membincangkan kedudukan baginda.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai dakwaan itu sebelum ini, berkata ia sekadar khabar angin.

Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan titah diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Julai 2018. - NSTP/Asyraf Hamzah
Biodata Sultan Muhammad V
- Baginda diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan.
- Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Baginda dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.
- Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan mendorong baginda berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga 1989.
- Baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.
- Tanggal 24 Mei 2009, baginda dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan.
- Pada 13 September 2010 baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29.
- Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada 2016, Majlis Raja-Raja melantik baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15, berkuat kuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.
- Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat mencemar duli ke setiap istiadat konvokesyen yang dianjurkan universiti berkenaan.
- Baginda turut membabitkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan keselamatan dan ketenteraan.
- Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar memelihara hidupan liar.
- Selain aktif dalam persatuan, baginda juga mempunyai minat memelihara haiwan seperti kuda dan rusa.
- Baginda berkenan menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu Persatuan Menembak Kelantan; Yayasan Sultan Kelantan (YSK); Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAARMM); Persatuan Bulan Sabit Merah; Persatuan Sukan Berkuda; Persatuan Motor 4 x 4; Persatuan Memanah.
- Baginda dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran iaitu D.K. (1986), D.M.N. (2010), D.K. (Selangor - Januari 2011)., D.K. (Negeri Sembilan - April 2011)., D.K. (Johor - 2011)., D.K. (Perak - Julai 2011)., D.K. (Perlis - Oktober 2011)., D.K. (Kedah - Mac 2012)., D.K.(Terengganu - November 2014)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., dan D.K.M (2017).



Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat-kuasa hari ini.

Agong terlalu sibuk berzina, komen Eric Liew naikkan kemarahan rakyat Malaysia

SEORANG pengguna media sosial memberi komen berbaur penghinaan mengenai peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, hari ini.
Individu yang menggunakan nama Eric Liew itu menulis ‘too busy forcinating with his new bride’ dalam satu posting yang dimuat naik oleh portal Channelnewsasia.com.
Jika diterjemah ayat tersebut ke dalam Bahasa Melayu membawa maksud ‘terlalu sibuk berzina dengan pengantin barunya’
Ia jelas satu penghinaan kepada institusi raja di Malaysia khususnya kepada YDPA sendiri.
Komen Eric Liew itu telah menaikkan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang rata-rata mahu dia diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Selepas mendapati isu ini semakin panas, Eric Liew telah memuat naik posting memohon maaf di Facebook dan kemudian menyahaktif akaun media sosial miliknya.



Wednesday, 16 May 2018

Rawatan Perubatan Yang Membatalkan Puasa Dan Tak Membatalkan Puasa - KKM






















Bulan puasa memerlukan kita untuk menahan diri daripada makan, minum dan melakukan aktiviti membatalkan puasa selama lebih kurang 14 jam sehari.  Pun begitu, bagi mereka yang sakit adalah diharuskan untuk meninggalkan puasa khuatir akan lebih mudarat jika diteruskan.

Puasa wajib di ganti dan sekiranya masih mahu berpuasa, perhatian yang penuh daripada doktor amat perlu terutama bagi pesakit kronik dan wanita hamil.   Secara umumnya, mereka boleh menjalani ibadah puasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat, mengawal pemakanan dan mengikut nasihat daripada doktor.

Penggunaan Ubat Dan Alat-Alatan Perubatan Semasa Berpuasa

Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa jika mengambil ubat semasa berpuasa.

Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.



Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang TIDAK membatalkan puasa ialah:
  • Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga).
  • Tablet sublingual (bawah lidah) dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan.
  • Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut.
  • Semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.
  • Pendermaan, pemindahan darah atau pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.
  • Ubat jenis sapuan (krim atau salap), balutan dan plaster pada permukaan kulit.
  • Memasukkan tiub kateter melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung.
  • Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit.
  • Ubat kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat terapeutik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.
  • Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan daripada anggota badan.
  • Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
  • Rawatan bius setempat atau separuh.
  • Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Nota: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit. 2013

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang MEMBATALKAN puasa ialah:
  • Pengambilan ubat jenis biji dan ubat minum.
  • Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik.
  • Memasukkan sebarang tiub kecil (pesari) atau ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian dan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
  • Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita.
  • Penggunaan alat seperti enema, tiub supositori, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan.
  • Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.
  • Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Nota: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit. 2013

Cara Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa



















Bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin, dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa. Berbincang dengan doktor tentang pengambilan ubat-ubatan dan dos insulin untuk bulan Ramadan kerana ianya dapat mengelakkan paras gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah (hipoglisemia) atau terlalu tinggi (hiperglisemia). Pesakit diabetes juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes untuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.

Keadaan HIPOglisemia (paras gula yang rendah dalam darah)
  • Mengantuk/ Terlalu lemah
  • Amat lapar
  • Menggigil/ Menggeletar
  • Peluh dingin
  • Keliru/ Gangguan emosi/ Resah/ Gelisah
  • Pening / Mudah pitam
Keadaan HIPERglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah)
  • Sangat dahaga
  • Kerap membuang air kecil
  • Sangat letih
Segera berbuka apabila mengalami tanda-tanda sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan anda. Segera berjumpa dengan doktor jika tanda-tanda masih tidak hilang atau keadaan semakin teruk.

Tip Atau Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pesakit.
  • Lambatkan waktu bersahur. Makan dengan secukupnya, kerana jika makan terlalu awal atau sedikit boleh mengakibatkan masalah hipoglisemia.
  • Percepatkan berbuka puasa. Berbuka dengan air dan makan 1-2 biji kurma untuk mendapatkan tenaga dengan segera.
  • Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib. Jangan makan berlebihan ketika berbuka.
  • Pilih makanan yang kurang kandungan gula, lemak dan garam.
  • Mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan dan waktu suntikan insulin yang disyorkan doktor.
  • Mengenali tanda-tanda hiperglisemia, hipoglisemia dan dehidrasi (kekurangan cairan badan).
  • Segera berbuka jika terdapat tanda-tanda yang boleh memudaratkan.
  • Keputusan pesakit untuk berpuasa harus dibincangkan dengan doktor. Pengawasan, pendidikan, penjagaan diri serta pengubahsuaian jadual pemakanan dan ubat-ubatan dapat membantu pesakit mengawal penyakit semasa berpuasa. Jika panduan dan syarat dapat dipatuhi, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat dan ianya tidak menjadi halangan besar bagi pesakit untuk berpuasa.

Maklumat ini hanyalah sebagai panduan umum. Mungkin terdapat perbezaan pendapat dalam hal berkaitan pengambilan ubat-ubatan serta status batal dan tidak batal puasa dalam penerangan yang diberikan. Perbezaan yang wujud mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza antara mazhab atau pendapat. Sehubungan itu, informasi yang diberikan ini adalah berdasarkan pandangan hukum daripada mazhab Syafie dan panduan berpuasa bagi pesakit JAKIM 2013.


Sumber: MyHealth


loading...
loading...