loading...

Saturday 12 May 2018

(Video) Najib Razak Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO Dan Pengerusi Barisan Nasional


12 Mei - Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional serta-merta.

Beliau yang mengadakan sebuah sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook Utusan Online mengumumkan perletakkan jawatan itu dan disaksikan oleh pengamal media dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sendiri.

Keputusan itu dibuat selepas bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional di PRU14 baru-baru ini. Keputusan itu juga dibuat selepas mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut.

Mula memegang jawatan sebagai Presiden United Malay National Organisation (UMNO) itu sejak tahun 2009 dan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas 9 tahun berkhidmat dalam parti itu.

Namun, Najib Razak juga berkata beliau tidak akan meninggalkan parti itu malah akan tetap bersama selagi masih diperlukan kerana menganggap parti UMNO dan Barisan Nasional tiada tolok bandingnya dengan parti politik yang lain.


0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...