loading...

Friday 11 May 2018

Rakyat Malaysia Mendapat Timbalan Perdana Menteri Wanita Buat Pertama Kali!

  • Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

    • Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Straits Times, beliau akan bekerjasama dengan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai lelaki yang membuatkan suaminya, Anwar Ibrahim masuk penjara 20 tahun yang lalu.

      "Tidak mudah tetapi saya percaya dia seorang lelaki yang telah berubah, dan kita dapat bekerjasama untuk menyelamatkan Malaysia," kata Wan Azizah.
  • Wan Azizah telah bertanding sebagai calon parlimen di Pandan, di mana beliau menghadapi pertarungan lima penjuru

    • Wan Azizah berlawan dengan calon Barisan Nasional, Leong Kok Wee, calon PAS, Mohamed Sukri Omar, bekas wakil rakyat Teratai, Jenice Lee dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan calon bebas Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

      Wan Azizah memenangi kerusi dengan jumlah undi 64,733 dan jumlah majoriti  sebanyak 61%:
  • Selain daripada menjadi ahli Parlimen, Wan Azizah juga merupakan pakar mata yang berkelayakan dari Royal College of Surgeons di Ireland

    • Wan Azizah berasal dari sebuah sekolah di Alor Setar dan Seremban sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland. Beliau kemudian dianugerahkan pingat emas dalam obstetrik dan ginekologi sebelum menamatkan pengajian sebagai pakar mata.

      Beliau juga telah berkhidmat sebagai doktor kerajaan selama 14 tahun sebelum menjadi penaung Majlis Kanser Kebangsaan (MAKNA).
  • Sejak kemenangan Pakatan Harapan diumumkan, orang ramai memberi reaksi positif terhadap pangkat baru yang diterima oleh Wan Azizah di Twitter:

  • Tahniah, Wan Azizah!

      • 5985

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...