loading...

Friday, 11 November 2016

Budak Lelaki Yang Terperangkap Dalam Perigi Kering 40 Meter Ditemui Mati

China - Budak lelaki yang terjatuh dalam perigi kering berkedalaman 40 meter telah ditemui mati selepas lima hari proses pencarian dijalankan, lapor media tempatan.

Artikel Berkaitan: 60 Jengkaut, 100 Lori Pasir Diguna Untuk Selamatkan Budak Terjatuh Dalam Perigi Kering 40 Meter

Penyelamat menemui mayat kanak-kanak itu pada Khamis di dalam perigi yang sempit itu selepas operasi menyelamat yang melibatkan 500 orang hampir memasuki hari kelima.

"Kanak-kanak yang jatuh itu sudah dijumpai selepas operasi menyelamat. Tapi malangnya selepas pakar perubatan mengesahkan dia sudah mati selepas diagnosis. Kami minta maaf.", kata timbalan komander operasi itu, Wusu Jie.


Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...