Ianya akan lebih bermakna jika tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan, seperti bunyi kenderaan, nyamuk atau bunyi dari tapak pembinaan.
Disebabkan itu, kita sukar untuk mendapat tidur yang lena dalam jangka masa yang panjang. Admin ingin kongsikan, bagaimana untuk mendapatkan tidur yang lena sekurang-kurangnya selama 2 jam, jom kita lihat perkongsian dari saudara Hafiz Muhammad ini.
Pagi ini terbaca di newsfeed posting tuan Erman Abdurrahman berkenaan deep sleep.Menurut ilmu perkongsian DrRizal Abu Bakar, tidur dengan mendapat deep sleep selama 2 jam 30 minit adalah tidur yang terbaik.
Saya pernah alaminya pada Jun lepas bila mendapat kualiti tidur ber"deep sleep" lebih 2 jam. Hasilnya jelas menakjubkan dengan beberapa minggu saya mendapat deep sleep sedemikian.
Badan jadi lebih ringan dan bertenaga. Fikiran dan daya tumpuan menjadi lebih tajam. Emosi menjadi lebih baik dan hidup hari- hari penuh semangat.
Itu adalah hasil selepas menghadiri seminar OTAK pada 1 Mei 2016. Seminar yang mengajar kepentingan menjaga Otak, Tidur, Aktiviti dan Kudapan.
Apa langkah yang dilakukan?
6. Perut sentiasa ada sedikit rasa lapar. Saya isi dengan makan kurma, almond, kismis atau walnut.
Apa yang saya pernah alami ini memberi pengertian yang penting bahawa bila kita menjaga Otak, Tidur, Aktiviti dan Kudapan, hidup kita akan berubah menjadi lebih baik.
Sekarang ini saya perlu memperbaiki pengurusan masa supaya dapat kembali momentum pada Jun lalu.
Moga-moga dengan cara ini anda boleh mendapatkan bukan sahaja tidur yang panjang, tetapi tidur yang lena juga. Mari kita betulkan waktu tidur untuk lebih baik. - Siakap Keli
0 comments:
Post a Comment