loading...

Tuesday, 18 October 2016

UNESCO Terima Pakai Resolusi "Occupied Palestine" Secara Rasmi, Nafikan Tuntutan Israel Terhadap Kawasan Suci di Baitulmaqdis


United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah menerima pakai resolusi yang menidakkan kawalan dan hubungan yahudi dengan Baitulmaqdis.

Resolusi yang bertajuk "Occupied Palestine" itu dilihat sebagai mencabar hubungan antara yahudi dengan kawasan "Temple Mount'' apabila tempat suci itu dibahaskan dengan menggunakan nama Al-Aqsa/Haram al-Sharif.

Secara ringkasnya, resolusi itu menidakkan tututan Israel terhadap kawalan di beberapa kawasan-kawasan yang terlibat.

Selain itu, resolusi itu juga menyebut Israel sebagai 'penjajah' dan juga menyelar tindakan israel menghalang orang muslim menggunakan tapak-tapak suci yang terlibat serta kerosakan yang telah dilakukan oleh penjajah itu.

"Ia sudah diterima pakai", kata jurucakap UNESCO sebagaimana lapor Time of Israel dan AP.

Draf resolusi tersebut telah menyebabkan Israel bertindak menggantung kerjasamanya dengan UNESCO serta merta pada minggu lepas.

Penerimaan resolusi itu jelas menyebabkan Israel dan yahudi di seluruh dunia marah.

"Untuk mengatakan israel tiada hubungan dengan Temple Mount dan Western Wall sama seperti berkata China tiada hubungan dengan the Great Wall of China dan Mesir tiada hubungan dengan piramid", kata perdana menteri Israel mengkritik pelulusan resolusi tersebut pada minggu lepas.

Sebelum UNESCO menerima pakai resolusi tersebut, berlaku sedikit drama ketika proses undian apabila Mexico yang pada mulanya menyokong resolusi itu membuat kejutan dengan tiba-tiba mengumumkan untuk menarik diri.

Susulan itu, duta Mexico ke UNESCO, Andre Roemer; yang juga seorang yahudi; dipecat oleh Mexico selepas membuang undi menyokong resolusi itu.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang menyokong resolusi terbabit menyifatkan Andre sebagai 'membuat keputusan yang tepat'.

Sumber: Time of Israel, ABC

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...