Namun begitu, bagi seseorang yang sudah meningkat dewasa, berat badan boleh naik dengan kadar yang sangat cepat, sedangkan hanya makan sedikit sahaja. Disebabkan ini, ianya membimbangkan, kerana pada usia yang sudah dewasa, seharusnya memiliki tubuh yang sihat, bagi menjalani aktiviti seharian dengan lebih mudah dan sihat.
Tetapi, kenapa agaknya, berat badan mudah naik, jika umur semakin meningkat? Dan apa pula yang boleh dilakukan, agar tidak mempunyai berat badan yang berlebihan? Jom kita ikuti perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar akan tip bagaimana untuk menangani permasalahan ini.
Dah masuk 4 Series? Atau masih 3 Series? Atau baharu sahaja menjejak 5 Series?
3, 4 atau 5 bukan sekadar nombor. Ia wakil usia. Ia petanda sihat makin menjauhi.
Apabila mencecah 40an perubahan mula mengintai. Perubahan mengganas.
Makan sedikit. Tetapi badan membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar.
Turunkan berat badan? Sesuatu yang amat menyeksakan. Kenapa ya?
Masa awal 20an, makan apa sahaja badan kekal sama. Puncanya metabolisme badan bertukar. Cara tubuh memproses makanan tidak seperti dulu.
Namun cara makan kita sama. Selera makin bertambah. Pantang disebut ada restoran baharu dan sedap, pasti kita melanda ke situ.
Apabila usia meningkat, tubuh kita menuntut perubahan. Langkah-langkah berikut boleh elakkan kita menjadi jalur lebar:
Amalkan K.E.R.A.S:
1. K = Kalori rendah Pastikan makanan kurang kalori. Makanan bergoreng tinggi kalori.
2. E = Elakkan makan selepas maghrib. Jauhkan dari supper, mengopi dan mengeteh. Mengair-mineral sahaja.
3. R = Rancang apa yang mahu dimakan. Bukan makan apa yang dihidang. Bukan makan apa yang ada.
4. A = Amalkan pengambilan makanan segar. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran
5. S = Senaman ini wajib. Buat masa sihat. Bukan setelah sakit.Walau berapa pun usia kita. Apapun jantina kita. Tips K.E.R.A.S boleh membantu.
Diharap anda dapat mempraktikkan tip ini, agar mempunyai berat badan yang ideal, tidak kira berapa usia anda, tua atau muda. Kerana kesihatan yang baik bermula dengan persediaan di peringkat awal. Jom kita hidup dengan sihat, menerusi gaya hidup yang sihat. - Siakap Keli
0 comments:
Post a Comment