Kuala Lumpur, 9 Okt - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos hari ini menafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan 'Parang Terbang 13 Mei' yang viral di media sosial baru-baru ini.
Penafian itu hadir selepas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan itu.
"Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. @PDRMsia akan ambil tindakan tegas dgn segera.", tulis KPN di akaun Twitternya.
Kenyataan 'parang terbang' tersebut dikeluarkan oleh satu akaun Facebook yang menggunakan kata nama @DatokJamalYunos.
Namun, beberapa jam selepas arahan oleh KPN itu dikeluarkan, Jamal tampil di Facebooknya dengan berkata akaun yang mengeluarkan kenyataan 'Parang Terbang' itu adalah bukan akaun Facebooknya.
Disamping itu, beliau juga turut menyertakan gambar yang membezakan antara akaun palsu dan akaun asalnya.
0 comments:
Post a Comment