Pada: Isnin, 17 Oktober 2016
Aiman Hakim, Berita Artis, Gossip Artis, Islam, Nur Fathia, Pelakon, Putus Cinta,
Selepas hampir setahun berpisah, Nur Fathia mengesahkan hubungannya dengan Aiman Hakim Ridza kembali pulih.
Pengakuannya itu bukan bererti mereka kembali sebagai pasangan kekasih sebaliknya memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang hubungan silaturahim sesama manusia itu diputuskan.
"Saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada kesudahanya kami saling bermasam muka sedang Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim dan bukan terus memanjangkan sengketa.
"Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa memulakan komunikasi rasanya tidak perlu saya kongsikan tetapi hubungan kami sekarang dalam keadaan baik," katanya kepada mStar Online.
Tag : Aiman Hakim , Berita Artis , Gossip Artis , Islam , Nur Fathia , Pelakon , Putus Cinta
0 comments:
Post a Comment