Azmi berkata, sikap tersebut juga membuatkan dia berubah hati terhadap pelakon wanita itu sehingga dia mengambil jalan untuk berpisah.
Antara kandungan akuan bersumpah itu turut menceritakan pertengkaran demi pertengkaran berlaku antara Azmi dan Elly sehinggalah Elly melemparkan kata-kata kesat termasuk melakukan kekerasan terhadap Azmi dalam tempoh mereka berkahwin."Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.
"Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.
"Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama,"
Katanya lagi, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah selepas jalan itu difikirkan paling terbaik dan dicadangkan sendiri oleh bapa Elly."Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).
"Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia," ujarnya.
"Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly," ujarnya kepada mStar Online seperti terkandung dalam akuan bersumpah yang ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah, Samsiah Ali di Bangunan UMNO Selangor, Jalan Ipoh bertarikh 17 Oktober 2016.
Tag : Azmi Hatta , Berita Artis , Elly Mazlein , Penyanyi , Perceraian Artis , Pergaduhan , Video Artis
0 comments:
Post a Comment