Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, buat masa sekarang dia lebih memilih untuk berdiam diri bagi menghormati keluarga dan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini.
"Saya akan menjelaskan perkara sebenar kenapa perpisahan ini berlaku beserta bukti tertentu pada masa dan ketika yang sesuai.
"Buat masa sekarang, saya tak mahu beri sebarang komen untuk menghormati keluarga, dan 'pihak-pihak' yang terlibat," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Anis diminta mengulas apabila muncul beberapa dakwaan yang memburuk-burukkan dirinya daripada pihak tertentu selepas Raja Afiq mendedahkan hubungan tersebut berakhir.
Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama kira-kira lima bulan.
Raja Afiq dalam satu kenyataan pada sebuah akhbar sebelum ini mendedahkan hubungannya dengan Anis sudah putus sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun Anis enggan mendedahkan apakah maksud 'pihak-pihak terlibat' yang diperkatakan itu.
0 comments:
Post a Comment