Walaubagaimanapun, Nadiya memberitahu beliau redha dengan ketentuan takdir . Buat Nadiya, apa yang berlaku mengajar beliau untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat.Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.
Siapa yang tidak terkejut dan sedih hingga keluarga terpaksa sorokkan surat khabar. Mereka tidak mahu saya membaca berita saya kehilangan anak. Disebabkan itulah saya tidak dapat menjawab soalan media mengenai perkara ini. Saya sangat sedih dan perlu menjalani rawatan memulihkan semangat ketika berpantang.
Tidak ada apa yang perlu saya ratapi kerana semuanya sudah suratan. Saya terima ujian ini dengan tabah dan perlu menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya tahu kes begini pernah berlaku dan sokongan orang-orang di sekeliling terutama keluarga menguatkan lagi semangat saya."katanya memetik Bharian
Tag : Artis Mengandung , Artis Meninggal , Berita Artis , Hamil , Nadiya Nisaa , Pelakon
0 comments:
Post a Comment