loading...

Monday, 17 October 2016

Adi Putra akui boleh bersentuhan bila berlakon, TAPI....

Pada: Selasa, 18 Oktober 2016
Ady Putra, Aksi Cium, Aksi Peluk, Berita Artis, Gossip Artis, Pelakon,
Adi Putra mengakui dia langsung tiada masalah untuk bersentuhan dengan perempuan dalam lakonan tambah pula perkara itu tidak menjadi halangan dan dibenarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Tiada istilah terpaksa. Apabila berlakon, terpulang pada kami. Kita hendak sentuh, kita sentuh. Kalau kita tidak mahu sentuh, jangan sentuhlah. Tidak ada [batas], cuma semasa drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ orang tidak nampak bersentuh.”

Walaubagaimanapun Adi menegaskan yang dia tidak akan mencium dahi perempuan kerana tahu tentang batas-batas yang perlu dijaga.

“Cium dahi memang tidak boleh sebab sudah keluar dalam LPF. Kita tahu garis panduan,” katanya kepada Malay Mail Online.

Sebelumnya, pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan yang dia enggan berkongsi foto isteri kedua di laman sosial keran mahu menjaga hati ramai pihak.

Sekarang Adi juga sedang sibuk menguruskan agensi umrah yang dijalankannya sejak tiga tahun lalu, selain terus aktif dalam bidang lakonan.

Tag : Ady Putra , Aksi Cium , Aksi Peluk , Berita Artis , Gossip Artis , Pelakon

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...