“Biasanya saya yang akan siapkan atau pack sendiri semua baju suami dan anak-anak kerana saya mahu kami anak beranak pakai sedondon setiap hari. Saya akan letakkan setiap pakaian yang akan kami pakai mengikut hari, satu bag untuk satu hari”
“Jadi mudahlah kerana setiap satu bagasi itu saya sudah suai padankan serta dengan rona atau tema yang sama. Selebihnya saya akan asingkan satu bagasi untuk handbag serta kasut-kasut saya pula,” katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun menurut Che Ta, dia mengakui turut berasa penat untuk mengemas sendiri semua bagasi malah dia juga turut fokus denga aktiviti mengemas tersebut yang kebiasaannya mengambil masa sehingga sehari.
0 comments:
Post a Comment