loading...

Friday, 9 September 2016

Jeep Hangus Terbakar Selepas Note 7 Meletup Ketika Dicas Dalam Kereta

Petersburg, 9 Sep - Sebuah jeep dilaporkan hangus terbakar selepas sebuah Samsung Note 7 yang sedang dicas meletup di dalam kenderaan itu, lapor Cult of Mac.

Jeep milik Nathan Dornacher itu terbakar selepas dia dan isteri pergi ke untuk membeli barang sempena Hari Buruh.

Ketika ingin memunggah meja yang dibelikan untuk anak perempuannya, Nathan meninggalkan Note 7 dalam keadaan bercas dalam kenderan tersebut.

Nathan kemudian meminta anak perempuanya untuk kembali ke jeep tersebut sementara dia dan isterinya menyelesaikan urusan lain.

Namun salakan anjing miliknya membuat Nathan berpaling ke arah jeepnya yang kelihatan sudah mula terbakar.

Menurut Fox 13, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden itu.

"Saya tidak menyangka, satu peranti baru, sebuah telefon berupaya membakar kereta, rumah atau mencederakan ahli keluarga saya", kata Nathan kepada Fox 13.


0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...