loading...

Wednesday 21 September 2016

Elak Simpan Duit Tunai Yang Banyak Dalam Dompet Anda, Ini Sebabnya…


Emosi adalah salah satu pengaruh besar yang menjadi punca utama menggagalkan kita mengurus kewangan dengan baik.

Kebocoran wang adalah masalah kritikal dalam pengurusan kewangan rakyat Malaysia. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.

Menariknya, kita sendiri yang merancang untuk membocorkan wang itu tanpa sedar. Situasi ini biasa dihadapi bila tiba hujung bulan.

Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.

Tindakan membeli sesuatu mengikut kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.
Cuba lihat dan kaji cara orang dulu-dulu buat duit :

Mereka tidak gemar simpan duit kertas. Mereka menyimpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar seperti tanah kebun, emas, rumah, dan sebagainya.

Jadi, eloklah kita letak matlamat untuk mengumpul real aset berbanding “cash” banyak-banyak.
Kenapa selalu disarankan jangan menyimpan terlalu banyak ‘cash’?

Menyimpan dalam bentuk harta sebenar, merupakan cara melatih diri untuk mengelakkan kebocoran kewangan. Mesti ada ilmu dan disiplin diri.

1. Bayar diri sendiri dulu setiap kali sebelum berbelanja (simpan 10% daripada gaji/hasil bisnes).

2. Tukarkan duit kepada harta fizikal (emas/hartanah).

3. Potong punca “kanser kewangan” (kad kredit).

4. Amalkan berbelanja secara tunai.

5. Langsaikan hutang kecil terlebih dahulu.

6. Buat “hutang baik” dan tambah koleksi harta fizikal anda.

7. Elakkan tabiat “window shopping”.

Gaji yang banyak bukan penentu kita boleh menyimpan banyak. Kalau banyak wang bocor, sampai bila-bila pun simpanan tidak akan meningkat.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...