"Begitupun, selepas melihat air muka mereka setiap hari, saya jadi tidak sampai hati. Kami juga mahu mereka gembira apabila mendengar berita ini.
"Kini, Sarah kerap mengalami muntah dan cepat penat. Saya turut menasihatinya agar banyak berehat dan tidak lagi perlu ke butiknya di Bangsar,"
"Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur menerima berita kehamilan isteri saya. Mungkin ramai yang tidak perasan, ketika berucap selepas menerima anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini, saya ada menyebut mengenai perkara ini.
"Ketika itu, kami baru saja mengetahui perihal kandungan berkenaan selepas disahkan oleh doktor pakar. Namun, saya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu, sehingga kandungannya betul-betul kuat dan sihat," katanya.
Tag : Artis Mengandung , Berita Artis , Hamil , Puteri Sarah Liyana , Suami Isteri , Syamsul Yusof
0 comments:
Post a Comment