loading...

Thursday, 29 September 2016

"Bagaimana Untuk Mempunyai Simpanan 'Cash' RM10K Yang Bertambah Setiap Tahun", Gadis Ini Ada Perkongsian Tip Untuk Dipraktikkan

Untuk memulakan sesuatu bukannya mudah, dan untuk mengekalkan apa yang telah dimulakan juga bukan mudah, ianya memerlukan komitmen yang tinggi supaya apa yang dimulakan tidak sia-sia. Namun begitu, tidak ramai yang mampu untuk memastikan diri menabung atau mempunyai simpanan kewangan, ianya agak sukar lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai pembayaran bulanan yang perlu dilangsaikan.

Jika berkaitan dengan wang ringgit, kita mudah untuk terleka, terutamanya jika gaji bulanan sudah masuk, banyak benda yang sudah bermain di fikiran untuk dibeli, gajet baru lah, kasut baru lah, atau nak makan di tempat-tempat mewah, katanya, sekali sekala saja, tapi, kalu dah setiap bulan buat benda yang sama, bukan sekali sekala dah namanya tu, terus lupa untuk membuat simpanan.

Aha, disebabkan itu, untuk membantu anda, dan admin juga, admin ingin kongsikan tip bagaimana untuk mempunyai simpanan yang anda sendiri tidak jangkakan akan ada sebanyak itu. Mari kita selami tip yang dikongsikan oleh saudari Syafieqah A'lya mengenai simpanan 'cash' RM10K setiap tahun, jom kita baca! 

Target Simpanan Cash RM10K Meningkat Setiap Tahun

Setiap orang punya matlamat kewangan tersendiri, ada yang tak heran pun simpanan untuk jangka masa panjang sebab merasakan tidak penting untuk mereka.

Sewaktu saya tamat belajar dahulu, saya merasakan nanti dah kerja boleh shopping macam-macam, boleh makan sedap selalu, boleh pergi travel selalu, namun sangkaan saya meleset apabila saya mula buat kira-kira kewangan saya. Tiada siapa paksa atau suruh saya menyimpan, cuma dalam fikiran saya sejak belajar lagi, saya nak buat keluarga saya senang. Kita nak berubah untuk jadi yang lebih baik dalam masa kurang lima tahun, jadi biar kita rasa pahit dengan kesusahan sekarang, namun manisnya akan tiba kemudian dengan izin-Nya in shaa Allah.

Saya nak berkongsi sedikit kata-kata hasil pembacaan buku mudahnya menjemput rezeki. Di mana masyarakat kita punya dua golongan. Golongan pertama adalah golongan yang berserah kepada Tuhan dan barulah mula berusaha. Manakala golongan kedua adalah golongan yang berusaha dahulu, dan akhirnya bertawakal kepadaNya. Kita golongan yang mana satu? Percaya tak apabila kita meletakkan yang Maha Esa pertama dalam hidup kita, in shaa Allah urusan kita dipermudahkan dengan di beri kekuatan seiring dengan doa yang bersungguh-sungguh dan usaha kita ke jalan yang di redhaiNya. ' The Power of believe'.

Saya nak share tips-tips simpanan yang boleh cuba dipratikkan:

Tips 1: Simpan dalam buku ASB + ASB Financing RM100K (simpanan bulanan RM660)

Kebiasaanya apabila gaji masuk dalam akaun bank, hari pertama hampir separuh dari gaji kita habis bayar hutang. Cuba kali ni kita tambah pula simpanan wajib disimpan dan ditolak dari gaji bulanan kita.

Contohnya:

1) ASB financing : RM100,000
    Bayaran bulanan : RM550 (tidak termasuk takaful)
    Tempoh pembiayaan : 30 tahun
    Profit : 5.2%
    Dividen : RM7250

   *Hasilnya : baki principal RM1423 + Dividen RM7250 = RM8673
Dan


2) ASB (buku biru)
    Simpanan sebulan : RM110
    Dividen : RM51.28
    Jumlah simpanan: RM1371

  *Jumlah keseluruhan : RM8673 + RM1371 = RM10,044 ✔️

 *Jadikan ia sebagai simpanan wajb selepas lima tahun kamu kekalkan Teknik ini kamu akan peroleh RM50,220.

Tips 2: Simpanan dalam tabung haji + simpanan ASB biasa (buku biru) (simpanan bulanan 820)

1) simpan di tabung haji dengan membuat standing instruction

   Simpanan bulanan: RM500
   Bonus tahunan: 5%
   Jumlah simpanan tempoh 12bulan: RM6,000

  *Jumlah simpanan + bonus = RM6161
Dan

2) Simpanan biasa di buku biru ASB

    Simpanan bulanan : RM320
    Dividen : 7.25%
    Jumlah simpanan : RM3840
    Jumlah simpanan + Dividen = RM3989

  *Jumlah keseluruhan: RM6161 + RM3989 = RM10,150 ✔️

Tips 3: Simpanan biasa dalam buku biru ASB (simpanan bulanan RM810)

Simpanan bulanan : RM810
Dividen : 7.25%
Jumlah simpanan : RM9,720

*Jumlah simpanan + Dividen = RM10,097 ✔️

Tips 4: Simpanan dalam tabung warna (simpanan RM16 sehari)

Label kan tabung warna kamu dengan pelbagai tujuan
Contoh:

1) Tabung travel:

Simpanan Sehari: RM5 (hijau)

Simpanan tahunan: RM5 X 365 hari = RM1825

2) Tabung simpanan kecemasan

Simpanan sehari: RM10 (merah)

Simpanan setahun: RM10 X 365 hari = RM3,650

3) tabung ikut tarikh kalendar

1 hari RM1, 2 hari RM2, 3 hari RM3, dan berikutnya....

Simpan ikut tarikh setiap bulan. Dan ulang cara ini setiap bulan Selama tempoh satu Tahun boleh dapat jumlah RM5,797

*Jumlah keseluruhan: RM11,272✔️

Tips 5: Tabung kahwin simpan bawah bantal (simpanan bulanan RM833)

Tabung kahwin : target Hantaran RM10,000

*RM833 sebulan @ RM27 sehari selepas setahun boleh dapat RM10K✔️

Pelbagai tips yang dikongsikan, namun apabila ada pula yang cakap lambat lah cara yang diberi. Apabila tunjuk cara simpanan yang lebih tinggi untuk dapat profit Tinggi, merungut pula cakap tak berkemampuan.

Stop beri alasan, namun MULAKAN adalah langkah terbaik

LIKE DAN SHARE LELAJU AGAR RAMAI YANG TAHU

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...