Apabila suami isteri bercerai, hak penjagaan anak atau hadanah sentiasa menjadi tumpuan dan isu. Apalagi apabila timbul perbalahan di antara siapa yang lebih berhak untuk menjaga anak tersebut. Rata ratanya akan memihak kepada ibu. Bagaimana pula nasib si bapa?
Memang benar, tiada ibu atau bapa yang tidak sayangkan anak mereka. Seperti video viral di mahkamah semalam, ramai yang berangapan lelaki zalim apabila dilihat memaksa anak. Namun, seorang bapa juga mempunyai hak yang sama. Betul tak? Kisah penderitaan kaum lelaki akibat perceraian yang dikongsi lelaki ini mungkin boleh membuka mata masyarakat hari ini.
Susulan dari video 3 minit seorang anak yang enggan mengikut bapanya pulang di mahkamah semalam, ramai yang beremosi dan mengecam si ayah yang kononnya zalim, memaksa dan enggan bertolak ansur. Apa salahnya biarkan saja anak itu duduk dengan si ibu dan cuba lagi lain kali? Janganlah ganggu emosi anak yang terseksa itu bla bla bla. Pernahkah kita terfikir kenapa si ayah bertindak sedemikian? Tidak ada pula orang yang persoal, kenapa takat 1 malam bersama ayah pun si ibu mempersembahkan sebuah adegan ala-ala kisah Natrah yang dipisahkan dari Che Aminah?Ini adalah kisah Doktor Razak. Kisah ini kisah yang benar. Tuan-tuan dan puan-puan boleh baca dan fikirkan pula kezaliman yang ditanggung oleh si ayah. Razak bercerai dengan isterinya. Perpisahan yang tidak boleh dielakkan lagi yang mana talak adalah permintaan dari isterinya. Dipendekkan cerita, perceraian mereka terjadi dek kerana campur tangan pihak keluarga dalam soal rumahtangga. Razak ada seorang anak perempuan saja. Bekas isterinya telah membawa anak perempuan Razak ke Selangor sedangkan Razak bekerja dan menetap di Penang. Peduli lah apa punca perceraian mereka, yang penting si anak tidak boleh dimangsakan dan dijadikan bargaining chip (pertaruhan) dalam perceraian kan?So, Razak pun sedia akur yang hak jagaan anaknya adalah pada bekas isterinya secara automatik. Razak tak mahu cabar kerana dia tau kalau dia cabar pun sure akan kalah kerana anaknya masih bawah umur dan di bawah undang-undang syariah Malaysia, hak jagaan anak adalah automatik pada ibunya. Sungguhpun Razak mahukan hak jagaan anaknya yang paling dicintainya, tetapi dia kena akur dengan undang-undang.Razak tidak mahu anaknya menjadi mangsa. Jadi dia mengalah. Dia berunding di dalam majlis sulh bersama bekas isternya dan cuma meminta hak melawat dan hak bermalam. Razak tidak mahu naik turun mahkamah untuk perbicaraan. Jarak antara Penang dan Shah Alam bukan dekat dan Razak hanya mahu selesai semuanya dengan cara yang baik.Dari mula bekas isterinya meninggalkan rumah hingga ketika itu sudah hampir 9 bulan Razak gagal untuk berjumpa dengan anaknya. Telefon pun tidak dilayan. Kalau pergi ke rumah bekas isteri akan berlaku pergaduhan hingga ayah mertuanya juga menyingsing lengan. Razak terpaksa bersabar hingga adanya perintah mahkamah. Dia terpaksa hidup dengan setiap detik merana dalam kerinduan terhadap anaknya. Anaknya memang amat rapat dengannya dan adalah nyawa hatinya. Razak terpaksa berpindah duduk dengan ibubapanya (juga di Penang) kerana tidak sanggup duduk seorang di rumah kelamin miliknya. Setiap sudut dan ruang rumah itu menggamit kenangan pada anaknya dan dia akan menangis. Gambar2 anaknya saja dikucup dan ditampal merata-rata untuk mengubat kerinduan yang meremuk jiwa.Setelah 9 bulan, akhirnya mahkamah menjatuhkan perintah dan Razak dapat hak bermalam dan melawat anaknya. Razak amat gembira namun disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari.Razak dengan bersangka baik telah bersetuju dengan perintah umum yang merugikan dirinya.Antara klausa perintah, “Razak (plaintif) dibenarkan melawat anak pada bila-bila masa, TETAPI MESTILAH MENDAPAT KEIZINAN defendan (bekas isteri).Bunyinya nampak bagus bukan? Tapi ia menjadi mimpi ngeri. Razak tetap disusah dan dinafikan hak melawat anaknya. Apabila Razak memberitahu dia mahu melawat anaknya, bekas isteri tidak mengizinkan. Dan yang lebih memeranjatkan Razak adalah, dari segi undang2, perbuatan bekas isteri ini adalah TIDAK SALAH! Memang klausa tersebut menyatakan kalau dia tak izin tak boleh lawat, so dia simply tak izinkan.Ini membuatkan Razak bertambah kecewa dan hampa. Razak pernah meredah saja dari Penang sungguhpun tidak diizinkan melawat anaknya ke Selangor kerana begitu banyak kali dikecewakan permintaannya, namun Razak hanya dapat menatap pintu rumah yang terkunci kerana bekas isteri telah melarikan anaknya ke tempat lain. Bila Razak bertanya jawapan mudah saja diberikan, “Kan saya tak izinkan, buat apa datang?” Baliklah Razak dengan memandu kereta yang kosong sambil air matanya menjurai di pipi.Kadang kala Razak akan diberikan juga peluang melawat anaknya. Tetapi hanya di sebalik pagar ibarat melihat haiwan di dalam zoo. Kiranya perintah mahkamah tak dilanggar. Sebab apa? Perintah cuma kata dibenarkan melawat…kan dapat melawat tu. Jilaker tak korang rasa?Walau kena macam ni, Razak tak pernah mengabaikan deposit duit nafkah anaknya setiap bulan ke dalam akaun bekas isterinya.Yang akan buat kezaliman licik macam ni bukan orang-orang yang miskin atau tak terpelajar. Yang akan buat macam ini adalah orang-orang yang licik dan bijak yang tahu memanipulasi undang-undang untuk kelebihan dirinya dengan menzalimi bekas pasangan yang didendam kesumat.Entah apa salah Razak dia pun tak tahu. Salahkah dia dilahirkan sebagai seorang yang tall, dark and hensem? Bukankah itu anugerah Tuhan? Yang nak jaki sangat ni pasai apa?Dipendekkan cerita, Razak terpisah dari anaknya hampir 1 tahun. Razak tidak ada pilihan melainkan menfailkan permohonan ke mahkamah demi keadilan dan hak dirinya. Rata2 semua marah konon lelaki mementingkan diri bila fail kes anak ke mahkamah. Tapi kena zalim tak dapat jumpa anak ni apa cara lagi nak bela? Nak bawak lari anak macam Raja Bahrin, Razak bukan anak Raja. Jadi hanya ke mahkamah lah tempat dia mengharap.So, mahkamah terpaksa membuat perintah-perintah yang lebih detail supaya tidak dimanipulasi oleh pihak satu lagi. Bekas isteri Razak ditegur oleh Hakim supaya jangan rigid sangat dan bertolak ansur. Razak gembira! Ini peluang dia dapat berjumpa dengan anaknya. Setelah hampir setahun, dia dapat berjumpa anaknya. Jika tidak dibenarkan juga, bekas isterinya boleh didakwa melanggar perintah mahkamah. Bayangkan betapa dia tidak dapat tidur nyenyak malam sebelumnya kerana terlalu excited untuk berjumpa dengan anaknya keesokkan harinya. Razak apply cuti seminggu terus kerana mahu membawa anaknya berjalan-jalan dan spend masa sepuas2 hatinya. Jadual on call nya di hospital diambil alih oleh rakan2nya yang faham penderitaan Razak.Namun, bila Razak dapat berjumpa dengan anaknya…..perkara menyedihkan berlaku. Anaknya sudah tidak kenal lagi dengan Razak. Anaknya menangis dan memeluk ibunya sambil memandang Razak dengan perasaan takut. Hancur hati Razak melihat keadaan ini. Razak cuba mendokong tetapi anaknya menepis tangan Razak. Anaknya memeluk erat ibunya dan berlakulah drama seperti anak yang akan dipisahkan buat selama2nya padahal hanya 4 hari 3 malam saja.Bayangkan perasaan korang kalau tak dapat jumpa anak sekian lama dan akhirnya bila dapat jumpa, anak plak pandang korang macam Frankenstein? So apa patut Razak buat? Senyum2 tengok anak dan blah? Cakap saja akan datang lain kali? Stay situ sambil terus menerus mendengar kata2 nista keluarga belah bekas isteri?Razak tak kuat iman macam Nabi. Razak manusia biasa. Dia tak mahu lepaskan peluang yang dah diberikan mahkamah ini kepadanya. Ini peluangnya untuk melepaskan rindunya yang bagaikan empangan yang hendak pecah pada anaknya. No way dia akan back off.So Razak pun dokong saja anaknya yang meronta2 itu masuk ke dalam kereta dan terus drive away. Dia benci melakukan sedemikian tapi dia terpaksa. Segala insiden ini dirakam oleh keluarga belah sana dan diedarkan kepada rakan2 dan kenalan mereka bersama. Hasilnya ramai yang menjauhkan diri dari Razak dan megecam Razak sebagai bapak yang zalim. Pelbagai tohmahan menimpa Razak hanya berdasarkan video pendek berdurasi 3 minit. Penderitaan Razak selama setahun takde siapa videokan.Hangpa tau apa jadi dalam kereta? Anak Razak hanya menangis selama 10 minit saja sebelum jatuh cinta kepada Razak. Tiada lagi tangisan dan rontaan selepas dari itu apabila Razak mengambil anaknya pulang ke Penang. Dan setelah anak tersebut berusia 9 tahun, anak itu memilih untuk tinggal dan memindahkan hak jagaan kepada Razak.Kita kerap menghakimi orang lain hanya dengan video viral berdurasi 3 minit dan cerita sebelah pihak, tetapi kita tidak nampak kisah sebenar disebaliknya.Kisah penderitaan kaum lelaki akibat perceraian tidak akan diceritakan di layar perak oleh karyawan2 filem dan drama kita. Sebab itulah akan sentiasa ada tohmahan stereotype di dalam sebarang perceraian dan kes tuntutan hadanah bahawasanya yang menimbulkan masalah adalah lelaki dan LELAKI ITU JAHAT.
0 comments:
Post a Comment