loading...

Monday 4 July 2016

Punca Tasha Mansahar tidak teruja beraya setiap tahun..

Pada: Selasa, 5 Julai 2016
Berita Artis, Hari Raya, Johor, Pelakon, Tasha Mansahar,
Memetik portal mStar, pelakon Tasha Mansahar mengakui tidak berapa teruja menyambut Hari Raya kerana dikatakan dirinya semakin dewasa.

Untuk Raya tahun ini Tasha akan beraya secara sederhana bersama keluarga sebelah bapanya di Kulai, Johor.

"Hari raya saya sederhana sahaja dan hambar kerana saya rasa bila sudah dewasa ini keterujaan semakin kurang.

"Tahun ini seperti tahun-tahun lalu kami akan balik rumah keluarga ayah di Kulai, Johor kerana keluarga ibu saya bukan Islam,"

"Makanan paling utama yang saya cari ialah soto ayam, kalau tiada rendang atau lemang tidak mengapa asalkan ada soto.

"Kuih raya pula saya tidak berapa suka kerana terlalu manis, biasanya saya akan makan keropok-keropok sahaja," ujarnya.

Tag : Berita Artis , Hari Raya , Johor , Pelakon , Tasha Mansahar

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...