loading...

Saturday 2 July 2016

Lepas Semua Jawatan Demi Al-Quran, Ahmad Husni Dipuji


KOTA BHARU, 3 Julai - Tindakan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Handzlah yang melepaskan jawatannya dan memilih untuk ke Jordan bagi mempelajari bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan mendapat pujian pelbagai pihak.

Ini termasuklah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Yakob menyifatkan tindakan Ahmad Husni melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan dan parti patut dianggap sebagai sesuatu yang dibanggakan.

"Saya terharu membaca liputan mengenai hasrat beliau itu. Tambahan pula perancangan itu dibuat pada bulan Ramadan yang mulia ini.

"Ia perancangan yang sangat baik dan harus dipuji. Kita perlu seorang profesional seperti beliau menerokai khazanah ilmu bahasa al-Quran khasnya dalam agenda pengabdian diri kepada ALLAH SWT," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu juga berharap Ahmad Husni meneruskan tekadnya itu dan agar ilmu al-Quran menambahkan kepakaran pemimpin itu dalam bidang ekonomi serta kewangan Islam.

Isnin lalu, Ahmad Husni mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet sehinggalah semua jawatan dalam Umno sambil meminta semua pihak menghormati keputusannya itu.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...