loading...

Sunday 3 July 2016

Kemalangan Maut 7 Sekeluarga : Hilang Ibu, Ayah & Adik Dalam Sekelip Mata



Gua Musang, 4 Julai: Tiada siapa sangka, dalam sekelip mata, akan kehilangan mereka-mereka yang tersayang.

Itulah apa yang menimpa adik Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus, 3, apabila menjadi satu-satunya mangsa tunggal yang terselamat dalam kemalangan negeri yang mengorbankan tujuh keluarga pagi tadi.

Keluarga adik Aqil terkorban dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat RKT KESEDAR Renok kira-kira 1.30 pagi tadi hari ini.

Aqil, yang turut terlibat dalam kemalangan itu, mengalami patah kaki kanan dan kini sedang dirawat di Hospital Gua Musang.

Mereka terkorban adalah Mursyida Ahmad Latfi, 29, (ibu Muhammad Aqil Aliuddin), Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29 (bapanya) dan Nurhana Jannati, lima bulan (adiknya).

Turut maut adalah kembar kepada Mursyida iaitu Munira dan suami Norazmi Mahat, 37, dan anak mereka, Rifqi, sebulan, dan Raidatul Syazwani Abdullah, 4.

Harian Metro melaporkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Kubang Badak Kedai Lalat, Kota Bharu.

Terdahulu, ibu kepada arwah Mursyida dan Munira iaitu Radziah Abu Bakar, 57, dan ahli keluarganya melakukan pengecaman jenazah di Jabatan Forensik HGM. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...