loading...

Monday 4 July 2016

Johan, Ozlyn belasah anak UNTUK...

Pada: Selasa, 5 Julai 2016
Anak Artis, Berita Artis, Deejay Radio, Johan Raja Lawak, Ozlyn, Pelakon, Pelawak,
Johan dan Ozlyn mempunyai ketegasan dalam cara mendidik anak yang agak teradisi dimana menggunakan rotan atau belasah sebagai alat untuk mendidik anak menjadi anak yang berguna.

“Biarlah jika ada yang mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas dalam mendidik anak-anak. Saya rotan atau belasah mereka pun biarlah daripada kecil. Tidak guna untuk membentuk anak-anak apabila mereka sudah besar nanti. Dan kini biarpun masih kecil, namun mereka sudah tahu rutin harian yang perlu dilakukan.”

“Sebenarnya, ibu bapa kami juga kurang bersetuju melihat cucu mereka dirotan dan didenda, namun inilah cara kami untuk mendidik anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini saya gembira dengan pilihan yang dibuat kerana anak-anak mendengar kata. Kami tak kata cara kami adalah terbaik buat semua, namun inilah pendekatan kami gunakan.”

“Malah ramai yang bertanya kepada saya bagaimana kami mendisplinkan anak-anak terutama yang didominasi oleh anak lelaki. Oleh itu penting untuk mendidik anak-anak dengan memberikan contoh terbaik. Mana mungkin kita mengajar anak untuk melakukan sesuatu namun kita tidak pula mempraktikkannya,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Tag : Anak Artis , Berita Artis , Deejay Radio , Johan Raja Lawak , Ozlyn , Pelakon , Pelawak

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...