loading...

Friday 1 July 2016

Isteri Maut Ditusuk Besi Penghadang Jalan


DUNGUN, 1 Julai: Seorang wanita maut manakala suami dan anaknya cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, di sini, malam ini.

Dalam kemalangan itu kira-kira jam 7 malam, Nur Madihah Mohd, 22, yang cedera parah di kepala dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Waja yang dipandu suaminya, Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, dipercayai terbabas ke kiri jalan selepas menuruni kawasan berbukit di situ.

Kereta terbabit melanggar besi penghadang jalan sehingga menembusi kereta terbabit dan menikam isterinya yang duduk di sebelah pemandu. Jenazah Nur Madihah kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun. Muhammad Syahir dan anaknya, Muhammad Naufal, dua tahun yang cedera ringan dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Ketika kejadian, tiga beranak terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Limbong, Paka selepas membeli barang keperluan harian di bandar Dungun. Sementara itu,

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Berikutan kejadian itu, angka kematian akibat kemalangan jalan raya di daerah ini meningkat kepada 36 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sumber : http://ift.tt/297W6hT

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...