loading...

Wednesday 29 June 2016

Kerajaan Setuju Beri Cuti Pada 8 Haribulan Kepada Penjawat Awam Jika Raya Jatuh 6 Julai


PUTRAJAYA: Berikutan cadangan yang dilakukan oleh Cuepacs, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan perlepasan khas kepada kakitangan awam bertugas pegawai perkhidmatan awam Persekutuan, lapor Bernama.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Bagaimanapun, perlepasan khas ini tidak akan terguna pakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri."

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...