loading...

Saturday, 19 November 2016

Jejak Karmila TV3 : Dr Afiq Harap Lakonannya Di Terima



Kerjaya seorang Doktor bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai cabaran di hadapan oleh mereka untuk memegang Tiltle Doktor setelah berhempas pulas belajar di Universiti. Bagi pendatang baru Muhammad Afiq bin Ahmad Anuar atau nama komersialnya adalah Afiq Anuar , 25 dia tidak menyangka penglibatan dalam dunia lakonan selepas menghadiri Anugerah Cemerlang Berita Harian.

"Saya tak pernah menyangka yang saya akan masuk dalam dunia hiburan ini. Semua ini bermula apabila saya menerima anugerah cemerlang Berita Harian di Balai Berita NSTP, Bangsar. Dari situ ada wartawan yang mahukan saya jadikan Ikon Lelaki XY dalam Surat Khabar Mereka. Selepas dari itu, Saya mula di panggil oleh karangkraf dan bermulalah kerjaya saya sebagai model. " Ujarnya 




Afiq Anuar yang berasal dari Sungai Pertani Kedah memberitahu yang dia lebih senang bercerita hal profil kerjaya berbanding isu peribadi. Menurut anak sulung daripada 3 adik beradik ini dia mula kerjayanya ketika berumur 18 tahun dan masa-masa lapang

"Saya mula dalam bidang modelling which is semasa usia saya 18 Tahun. Saya mula dari model majalah dan photography dulu. Selepas itu saya mula buat model untuk iklan TV antaranya Silky Girl Perfume, TVC,Umobile."



 Afiq Anuar akan muncul dalam drama terbarunya iaitu Jejak Karmila yang akan disiarkan di slot Zehra TV3 yang memegang watak sebagai ikmal rasa bersyukur apabila TV3 memanggilnya untuk casting DFKL2016 .

"Saya mula di panggil berlakon dalam drama dan telemovie selepas masuk DFKL. Tetapi akibat kekangan masa dan Final Exam kesemua tawaran berlakon terpaksa saya tolak. "

Selain Jejak Karmila, Afiq Anuar pernah muncul dalam Baju Berkancing Peniti. Selepas Telemovie tersebut ditayangkan dia ditawarkan berlakon oleh Zeel Production dan dalam masa sama pada masa itu dia baru sahaja selesai final exam.

 Bercakap Isu Kerjaya, Afiq Anuar tidak mahu meninggalkan kerjaya doktor jika dirinya popular suatu hari ini nanti .



"Saya memang dari kecil bercita-cita mahu jadi seorang doktor. Jadi saya akan meneruskan kerjaya saya sebagai doktor sebab selepas ini saya wajib berkhidmat selama 2 tahun di hospital kerajaan. Saya pecaya pada rezeki. Rezeki ada di mana-mana sahaja. Jika ada masa sesuai saya akan buat (berlakon) sehabis baik atas semua tawaran dan watak yang diberikan . Sebab bagi saya apa yang kita buat kena bersungguh-sungguh. " 



 Bercerita mengenai Drama Jejak Karmila yang akan ditayangkan pada 24 November ini. Afiq Anuar memegang watak sebagai Ikhmal iaitu seorang pengintip upahan yang di upah oleh Tuan Zaidi (Lakonan Azri Iskandar) yang merupakan ayah kepada Suraya ( Mia Ahmad) untuk mengintip dan menjaga suraya dari jauh kerana masalah keluarga

"Banyak sebenar ancaman yang diterima oleh Suraya. Jadi Saya di pertanggungjawap untuk menjadanya dan akhirnya jatuh cinta pada suraya . Namun cinta tersebut tidak kersampaian. Kena tunggu dalam Jejak Karmila Nanti."

Menutup perbualan bersama Afiq Anuar berharap lakonannya diterima penonton TV3. Menurutnya banyak perkara yang perkara yang perlu dia belajar dalam dunia hiburan ini





" Harapan saya agar drama ini akan disukai dan ditonton oleh semua rakyat malaysia dan watak saya sebagai ikmal diterima oleh penonton. Bagi diri saya sendiri banyak lagi yang perlu saya pelajari dan improve dalam bidang seni ini. Segala kekurangan saya nanti harap di maafkan . Tapi insyaAllah, saya tak kan pernah penat untuk keep on learning untuk drama-drama yang akan datang. Apa-apa pun jom ramai-ramai nanti tengok Jejak Karmila di Slot Zehra Rabu Hingga jumaat di TV3" 


Sekilas

Name : Afiq Anuar
Facebook Fan Page : http://ift.tt/2faFf0b
Twitter : http://www.twitter.com/afiqxyz
Insgtagram : http://ift.tt/2g7polf

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...